Sunday, November 29, 2009

KURSUS KUASA MINDA , TENAGA DALAM DAN PERUBATAN

Atas permintaan ramai, saya sedia mengadakan KURSUS KUASA MINDA , KURSUS TENAGA DALAM dan PERUBATAN ISLAM. Yuran untuk KURSUS KUASA MINDA hanya RM 350, yuran untuk KURSUS TENAGA DALAM hanya RM 400 dan yuran untuk KURSUS PERUBATAN ISLAM hanya RM 400. Bagi yang ingin belajar ketiga-tiga pakej sekaligus, anda akan mendapat diskaun dengan yurannya hanya RM 700. Saya mengadakan kursus di Bandar Baru Bukit Bunga. Bilik penginapan yang murah disediakan. Jika berminat, silalah hubungi saya melalui email muhammadrozani@gmail.com Intipati kursus yang disediakan, anda boleh mempelajari kehebatan kuasa minda separa sedar untuk pelbagai kegunaan seperti kekayaan, perubatan, intuisi, ilham, serta 1001 kegunaan kuasa minda separa sedar. Anda hanya perlu luangkan sehari sahaja untuk diberikan tunjuk ajar daripada saya. Sebagai BONUS, saya akan ajarkan beberapa ilmu kebatinan tahap tinggi. Yuran yang murah dan anda boleh pelajari sampai ke tahap yang tertinggi. Anda tidak perlu bazirkan wang yang banyak sampai ribuan ringgit untuk mempelajari ilmu tersebut. Bersedialah untuk mengubah kehidupan anda menjadi seorang yang HEBAT dan SAKTI.

Friday, February 13, 2009

Minda super sedar

Ramai yang bertanya kepada saya, apakah itu minda super sedar? Sebenarnya, saya sudah bercadang hendak menulis buku dengan selengkap yang mingkin tentang minda super sedar, tapi, memandangkan minda separa sedar, masih lagi belum direncam dengan dengan sebaiknya, jadi, saya tangguhkan dulu buku tersebut. Dengan ruangan yang ringkas ini, saya akan berikan keterangan tentang minda super sedar. Minda super sedar ada kena mengena dengan kerohanian. Minda super sedar adalah puncak kehebatan dan kemuliaan kita sebagai insan. Dalam ilmu tasawuf, rohani kita ada beberapa tingkat, saya berikan hanya empat iaitu nafsu amarah, nafsu ini adalah nafsu yang dipengaruhi secara total oleh sifat kebinatangan dan kesyaitanan. Orang yang nafsunya tahap ini, tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T. Nafsu tingkat yang seterusnya ialah lawamah. Nafsu ini adalah tingkat masih lagi melakukan kemaksiatan tapi, ada cita-cita hendak berubah menjadi baik. Manakala nafsu peringkat ketiga adalah nafsu mulhamah, peringkat ini, seseorang itu akan mengkritik diri sendiri dan ada bercampur antara sifat baik dan buruk. Nafsu peringkat keempat bernama mutmainnah (nafsu) yang tenang. pada peringkat ini, seseorang itu amat gembira dan seronok dalam ibadah dan membenci kejahatan dan sentiasa dalam ketenangan. Berbalik kepada minda super sedar, jika he3ndak mendapatkan ketengan dalam tahapan theta, anda mesti berjuang mengekang nafsu kejahatan dan meningkatkan kerohanian anda pada tingkat yang lebih tinggi. Ini kerana, jika rohani kita tinggi, segala doa kita akan diredhai Allah S.W.T. Segala permintaan dan kehedak boleh tercapai bahkan, ianya lebih hebat daripada minda separa sedar.

Monday, February 2, 2009

Buku dalam pembikinan

Saya sedang dalam proses menghasilkan buku baru yang melibatkan AURA. Ya, sudah lama kita tidak bertemu dalam laman blog ini. Bukan senang nak hasilkan sebuah buku yang berkualiti. Kena cari idealah, kena cari maklumatlah, kena mengkajilah dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, saya amat teruja untuk menghasilkan sebuah buku baru yang mungkin akan menggegarkan dunia pembacaan kita seluruh Malaysia. Saya bersyukur, buku Kuasa Minda Separa Sedar telah diulang cetak lebih daripada 3 kali. Bahkan, buku Menjadi Jutawan MLM telah diulang cetak 6 kali. Buku itu telah dialih bahasa ke bahasa Indonesia dan mendapat sambutan yang amat luarbiasa. Saya mengharapkan buku baru saya ini boleh memberikan IMPAK yang maksima kepada para pembaca. Saya memohon jutaan maaf jika saya lambat membalas email yang dihantar kepada saya. kelambatan itu disebabkan oleh kesibukan saya dalam pelbagai urusan. Saya sebenarnya, mahu menulis satu buku yang boleh mengubah minda dan pemikiran masyarakat Malaysia. Sudah dua tahun saya tidak menulis dan terasa gatal sangat rasanya tangan ini hendak menulis. Ini lebih-lebih lagi, ramai pembaca dan peminat bertanya kepada saya melalui email, bilakah buku baru saya akan siap?