Friday, February 13, 2009

Minda super sedar

Ramai yang bertanya kepada saya, apakah itu minda super sedar? Sebenarnya, saya sudah bercadang hendak menulis buku dengan selengkap yang mingkin tentang minda super sedar, tapi, memandangkan minda separa sedar, masih lagi belum direncam dengan dengan sebaiknya, jadi, saya tangguhkan dulu buku tersebut. Dengan ruangan yang ringkas ini, saya akan berikan keterangan tentang minda super sedar. Minda super sedar ada kena mengena dengan kerohanian. Minda super sedar adalah puncak kehebatan dan kemuliaan kita sebagai insan. Dalam ilmu tasawuf, rohani kita ada beberapa tingkat, saya berikan hanya empat iaitu nafsu amarah, nafsu ini adalah nafsu yang dipengaruhi secara total oleh sifat kebinatangan dan kesyaitanan. Orang yang nafsunya tahap ini, tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T. Nafsu tingkat yang seterusnya ialah lawamah. Nafsu ini adalah tingkat masih lagi melakukan kemaksiatan tapi, ada cita-cita hendak berubah menjadi baik. Manakala nafsu peringkat ketiga adalah nafsu mulhamah, peringkat ini, seseorang itu akan mengkritik diri sendiri dan ada bercampur antara sifat baik dan buruk. Nafsu peringkat keempat bernama mutmainnah (nafsu) yang tenang. pada peringkat ini, seseorang itu amat gembira dan seronok dalam ibadah dan membenci kejahatan dan sentiasa dalam ketenangan. Berbalik kepada minda super sedar, jika he3ndak mendapatkan ketengan dalam tahapan theta, anda mesti berjuang mengekang nafsu kejahatan dan meningkatkan kerohanian anda pada tingkat yang lebih tinggi. Ini kerana, jika rohani kita tinggi, segala doa kita akan diredhai Allah S.W.T. Segala permintaan dan kehedak boleh tercapai bahkan, ianya lebih hebat daripada minda separa sedar.

Monday, February 2, 2009

Buku dalam pembikinan

Saya sedang dalam proses menghasilkan buku baru yang melibatkan AURA. Ya, sudah lama kita tidak bertemu dalam laman blog ini. Bukan senang nak hasilkan sebuah buku yang berkualiti. Kena cari idealah, kena cari maklumatlah, kena mengkajilah dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, saya amat teruja untuk menghasilkan sebuah buku baru yang mungkin akan menggegarkan dunia pembacaan kita seluruh Malaysia. Saya bersyukur, buku Kuasa Minda Separa Sedar telah diulang cetak lebih daripada 3 kali. Bahkan, buku Menjadi Jutawan MLM telah diulang cetak 6 kali. Buku itu telah dialih bahasa ke bahasa Indonesia dan mendapat sambutan yang amat luarbiasa. Saya mengharapkan buku baru saya ini boleh memberikan IMPAK yang maksima kepada para pembaca. Saya memohon jutaan maaf jika saya lambat membalas email yang dihantar kepada saya. kelambatan itu disebabkan oleh kesibukan saya dalam pelbagai urusan. Saya sebenarnya, mahu menulis satu buku yang boleh mengubah minda dan pemikiran masyarakat Malaysia. Sudah dua tahun saya tidak menulis dan terasa gatal sangat rasanya tangan ini hendak menulis. Ini lebih-lebih lagi, ramai pembaca dan peminat bertanya kepada saya melalui email, bilakah buku baru saya akan siap?