Thursday, August 19, 2010

LAPAN ASMA SUNGAI RAJA

Sebagai permulaan, saya akan mengijazahkan lapan asma sungai raja. Sebenarnya, asma sungai raja ada banyak versi, malahan melebihi 20 jenis versi dan memiliki keberkahan dan kekuatannya yang tersendiri. Tapi, sebagai pengenalan dan pengijazahan, saya berikan lapan asma sungai raja iaitu:
1) Asma Sungai Raja Versi Madura Selatan Syeikh Qosim Qiffari
2) Asma Sungai Raja Versi Madura Utara Syeikh Alwy Muhammad
3) Asma Sungai Raja Versi Sunan Kalijaga (salah seorang daripada wali songo)
4) Asma Sungai Raja Versi Syeikh Syarif Hidayatulloh atau Sunan Gunung Jati (salah seorang daripada wali songo)
5) Asma Sungai Raja Versi Mbah Kuwu Ceribon
6) Asma Sungai Raja Versi Eyang Somadulloh
7) Asma Sungai Raja Versi Syeikh Mama Haji Irengan
8) Asma Sungai Raja Versi Syeikh Tolhah bin Tolabuddin

Walaupun kekuatan asma sungai raja ini adalah seolah-olah anda telah memiliki puluhan dan ratusan ilmu sakti dan kebatinan, saya lebih berkenan dan sememangnya anda perlu mendidik hati amalan ini bukan untuk KEHEBATAN semata-mata. Tapi, amalan adalah untuk ALLAH S.W.T. Jika berniat untuk kekuatan, anda akan diberikan kekuatan melalui khodam. Jika berniat kerana ALLAH, kekuatan yang bakal anda miliki adalah secara langsung daripada ALLAH dan tiada melalui perantaraan khodam. Energi asma sungai raja tidak boleh discan. Anda akan seolah-olah tiada energi tapi energi itu sebenarnya ada dan terlalu halus. Semakin halus energi, semakin baik. Energi menggunakan khodam, amat kasar. Janganlah kejarkan kehebatan. Kehebatan akan datang dengan sendiri jika anda beramal dan menyerah diri pada ALLAH S.W.T.

Thursday, August 5, 2010

Asma Sungai Raja

Saya menawarkan kursus asma sungai raja pelbagai versi dengan tawaran harga yang murah dan berpatutan. Ilmu asma sungai raja ini adalah warisan daripada BULYA IBNI MULKAN (Nabi Khidir A.S.). Jika anda mempelajari dan mengamalkan ilmu ini, anda seolah-olah sudahpun memiliki lebih 200 jenis ilmu kebatinan dan hizib. Walau bagaimanapun, saya tidak mahu anda mempelajari semata-mata untuk mendapatkan apa-apa kelebihan. Amalan biarlah kerana ALLAH. Setakat ini saya sudahpun memiliki ilmu ini dan sudahpun bertauliah untuk mengijazahkan kepada orang lain. Ilmu asma sungai raja ini akan dapat menambahkan lagi kelebihan untuk anda mengamalkan kuasa minda separa sedar. Jika ada sesiapa yang berminat, silalah menghubungi saya melalui email asmasungairaja@gmail.com atau menelefon saya 0199603180.........Pengijazahan boleh dilakukan secara jarak dekat atau jarak jauh. Jika secara jarak jauh, saya akan berikan garam yang telah dimasukkan doa pengijazahan. Tawaran amat terhad.

Saturday, February 6, 2010

Minda dan Ketuhanan

Adalah menjadi satu kesalahan jika anda meletakkan kekuatan dan kehebatan kuasa minda semata-mata. Sebagai orang Islam, saya nyatakan di sini, bahawa, tidak akan bergerak walau satu zarahpun tanpa keizinan ALLAH SWT. Jadi, kuasa minda kita adalah merupakan anugerah Illahi. Sebab itulah, janganlah ada rasa tinggi diri apabila anda sudah berjaya menguasai ilmu kuasa minda separa sedar. Sebagai makhluk ciptaan ALLAH SWT, semua kehebatan dan kelebihan yang ada pada diri kita, adalah pemberianNya. Ramai dikalangan pengamal kuasa minda dan kebatinan tidak berpegang teguh kepada kekuasaan ALLAH SWT. Mereka lupa dan alpa pada Yang Maha Mencipta. Mereka sudah mula sombong dan bongkak, lupakan asal-usul diri mereka dan tidak mahu merendahkan diri. Apalah salahnya jika sentiasa berkata aku hanyalah hamba ALLAH. Fahamilah baik-baik, setiap kulit, tulang, daging dan urat pada diri ini, semuanya milik ALLAH. Jadilah seperti seperti resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk ke bumi. Ingatlah, orang yang paling takut kepada ALLAH, adalah orang yang semakin tinggi ilmunya. Ular menyesuri akar takkan hilang bisanya. Ular tetap ular dan akar tetap akar. Ular ada bisanya. Akar tetap berdiam dan tak ada bisa. Namun, bila ular menyesuri akar, ular nampak macam akar.