Wednesday, December 24, 2014

PROGRAM PENGIJAZAHAN TAHUN 2015

Assalamualaikum, kepada pengunjung blog ini yang saya hormati. Tidak lama lagi, kita semua akan menemui tahun baru 2015. Saya telah menyediakan beberapa kursus yang baru dan memberikan manafaat kepada anda semua. Kursus-kursus yang lama tetap diteruskan dan ditambahi dengan kursus yang baru. Pernahkah anda mendengar tentang Asma Asha Musa? Asma ini adalah rahsia yang terkandung dalam tongkat Nabi Musa dan memiliki pelbagai khasiat dengan izin Allah. Begitu juga dengan Asma Barhatihin yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman A.S. Asma ini juga memiliki khasiat yang tidak kurang hebatnya. Saya juga akan mengijazahkan tenaga dalam Al Qaromah serta ilmu Gayuman 9 dan Ibu Gayung. 
Saudara sekelian, 
Cara dan gaya kursus saya banyak ditekankan kepada penyerahan diri pada Allah S.W.T dan bukannya kepada kehebatan. Ini kerana, ramai yang datang berkursus, begitu teruja kepada kehebatan yang ingin mereka miliki. Bagi saya, kehebatan itu milik mutlak Allah S.W.T dan HakNya untuk diberikan kepada kita. Waulaupun dalam iklan-iklan saya ini ada menyatakan tentang khasiat sesuatu amalan, saya juga bertanggung jawab untuk memberikan panduan kepada anda semua untuk mematikan diri (memfanakan diri). Pembawaan Nafi Isbat ini amat penting untuk mengelakkan daripada SYIRIK. Ya, beramal untuk sesuatu kelebihan semata-mata akan membawa kepada SYIRIK. Ada dikalangan murid saya yang beramal dengan IKHLAS dan diberikan kelebihan yang tidak diduga. Bahkan ada yang melebihi saya. Itu tidak membimbangkan saya. Saya tetap gembira dan bersyukur kerana mereka mendapat manafaat melalui panduan yang saya telah berikan. Dengan kata lain, tidak kisah jika murid mengatasi guru. Harapan saya, semoga 2015 nanti akan membuka satu lembaran baru yang amat berguna dan kebaikan yang melimpah ruah untuk kita semua.
Ilmu yang boleh memberikan kebaikan sampai ke akhir hayat.