Sebagai permulaan, saya akan mengijazahkan lapan asma sungai raja. Sebenarnya, asma sungai raja ada banyak versi, malahan melebihi 20 jenis versi dan memiliki keberkahan dan kekuatannya yang tersendiri. Tapi, sebagai pengenalan dan pengijazahan, saya berikan lapan asma sungai raja iaitu:
1) Asma Sungai Raja Versi Madura Selatan Syeikh Qosim Qiffari
2) Asma Sungai Raja Versi Madura Utara Syeikh Alwy Muhammad
3) Asma Sungai Raja Versi Sunan Kalijaga (salah seorang daripada wali songo)
4) Asma Sungai Raja Versi Syeikh Syarif Hidayatulloh atau Sunan Gunung Jati (salah seorang daripada wali songo)
5) Asma Sungai Raja Versi Mbah Kuwu Ceribon
6) Asma Sungai Raja Versi Eyang Somadulloh
7) Asma Sungai Raja Versi Syeikh Mama Haji Irengan
8) Asma Sungai Raja Versi Syeikh Tolhah bin Tolabuddin
Walaupun kekuatan asma sungai raja ini adalah seolah-olah anda telah memiliki puluhan dan ratusan ilmu sakti dan kebatinan, saya lebih berkenan dan sememangnya anda perlu mendidik hati amalan ini bukan untuk KEHEBATAN semata-mata. Tapi, amalan adalah untuk ALLAH S.W.T. Jika berniat untuk kekuatan, anda akan diberikan kekuatan melalui khodam. Jika berniat kerana ALLAH, kekuatan yang bakal anda miliki adalah secara langsung daripada ALLAH dan tiada melalui perantaraan khodam. Energi asma sungai raja tidak boleh discan. Anda akan seolah-olah tiada energi tapi energi itu sebenarnya ada dan terlalu halus. Semakin halus energi, semakin baik. Energi menggunakan khodam, amat kasar. Janganlah kejarkan kehebatan. Kehebatan akan datang dengan sendiri jika anda beramal dan menyerah diri pada ALLAH S.W.T.