Ramai yang bertanya kepada saya, apakah itu minda super sedar? Sebenarnya, saya sudah bercadang hendak menulis buku dengan selengkap yang mingkin tentang minda super sedar, tapi, memandangkan minda separa sedar, masih lagi belum direncam dengan dengan sebaiknya, jadi, saya tangguhkan dulu buku tersebut. Dengan ruangan yang ringkas ini, saya akan berikan keterangan tentang minda super sedar. Minda super sedar ada kena mengena dengan kerohanian. Minda super sedar adalah puncak kehebatan dan kemuliaan kita sebagai insan. Dalam ilmu tasawuf, rohani kita ada beberapa tingkat, saya berikan hanya empat iaitu nafsu amarah, nafsu ini adalah nafsu yang dipengaruhi secara total oleh sifat kebinatangan dan kesyaitanan. Orang yang nafsunya tahap ini, tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T. Nafsu tingkat yang seterusnya ialah lawamah. Nafsu ini adalah tingkat masih lagi melakukan kemaksiatan tapi, ada cita-cita hendak berubah menjadi baik. Manakala nafsu peringkat ketiga adalah nafsu mulhamah, peringkat ini, seseorang itu akan mengkritik diri sendiri dan ada bercampur antara sifat baik dan buruk. Nafsu peringkat keempat bernama mutmainnah (nafsu) yang tenang. pada peringkat ini, seseorang itu amat gembira dan seronok dalam ibadah dan membenci kejahatan dan sentiasa dalam ketenangan. Berbalik kepada minda super sedar, jika he3ndak mendapatkan ketengan dalam tahapan theta, anda mesti berjuang mengekang nafsu kejahatan dan meningkatkan kerohanian anda pada tingkat yang lebih tinggi. Ini kerana, jika rohani kita tinggi, segala doa kita akan diredhai Allah S.W.T. Segala permintaan dan kehedak boleh tercapai bahkan, ianya lebih hebat daripada minda separa sedar.
Friday, February 13, 2009
Monday, February 2, 2009
Buku dalam pembikinan
Saya sedang dalam proses menghasilkan buku baru yang melibatkan AURA. Ya, sudah lama kita tidak bertemu dalam laman blog ini. Bukan senang nak hasilkan sebuah buku yang berkualiti. Kena cari idealah, kena cari maklumatlah, kena mengkajilah dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, saya amat teruja untuk menghasilkan sebuah buku baru yang mungkin akan menggegarkan dunia pembacaan kita seluruh Malaysia. Saya bersyukur, buku Kuasa Minda Separa Sedar telah diulang cetak lebih daripada 3 kali. Bahkan, buku Menjadi Jutawan MLM telah diulang cetak 6 kali. Buku itu telah dialih bahasa ke bahasa Indonesia dan mendapat sambutan yang amat luarbiasa. Saya mengharapkan buku baru saya ini boleh memberikan IMPAK yang maksima kepada para pembaca. Saya memohon jutaan maaf jika saya lambat membalas email yang dihantar kepada saya. kelambatan itu disebabkan oleh kesibukan saya dalam pelbagai urusan. Saya sebenarnya, mahu menulis satu buku yang boleh mengubah minda dan pemikiran masyarakat Malaysia. Sudah dua tahun saya tidak menulis dan terasa gatal sangat rasanya tangan ini hendak menulis. Ini lebih-lebih lagi, ramai pembaca dan peminat bertanya kepada saya melalui email, bilakah buku baru saya akan siap?
Wednesday, May 30, 2007
Keberanian.
Berani. Mengapa kita perlu berani? Apakah kelebihannya berani dan keberanian yang macammana yang mesti kita ada? Berani ialah satu perasaan yang menerbitkan rasa bersemangat kental dalam melakukan sesuatu usaha. Walau bagaimanapun, kita perlu sedar, keberanian jenis apapkah yang mesti kita ada? Sebagai contohnya, Mat Rempit, mereka boleh dikategorikan sebagai berani. Seorang perompak, mereka juga terdiri daripada orang yang berani. Itu adalah berani yang tidak memberikan apa-apa manafaat. Berani yang saya maksudkan ialah, keberanian menghadapi risiko, keberanian menerima apa-apa kegagalam sementara, keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru dan bermanafaat, keberanian mencipta sesuatu dan keberanian menerima cercaaan dan kencaman diatas apa saja kegagalan sementara. Keberanian adalah salah satu elemen yang mesti anda ada untuk menempa apa-apa kejayaan. Cuba anda perhatikan individu yang berjaya, berapa banyakkah keberanian yang mereka ada? Sebagai contohnya, Kolonel Sanders yag berani mengetuk rumah orang lain untuk membeli ayam gorengnya, juga berani mencari pelabur untuk restoren ayam gorengnya. Dalam pada itu, walaupun banyak mengalami kegagalan sementara, Kolonel Sanders tetap juga berusaha dengan berani. Beliau sanggup mengetuk 1000 pintu sampai berjaya walaupun banyak pintu ditutup. Beliau tidak pentingkan kepada pintu yang ditutup tapi, mementingkan pintu yang terbuka. Lihatlah apakah hasilnya? kini, setiap Negara, mesti ada francais Kentucky Fried Chicken.
Monday, May 28, 2007
AURA
Apa itu AURA? Perkataan ini telah terlalu banyak yang kita dengari. Sebagai contohnya, demam Akademi Fantasia, banyak menyebut tentang AURA MAWI. Tapi, dalam kita menyebut tentang AURA, adakah kita mengetahui apakah itu maknanya AURA....Saya sedang menyiapkan sebuah buku baru untuk 2007, tajuk cadangan saya ialah AURA JUTAWAN. Dalam tulisan saya itu, akan banyak saya sentuh berkenaan dengan AURA dan bagaimana hendak memanipulasikan AURA demi untuk kejayaan. AURA adalah medan tenaga magnetik yang terdapat pada diri kita. Kejadian kita semuanya adalah daripada unsur bumi dan bumi ini mempunyai lapisan ozon. Begitulah dengan diri kita juga memiliki lapisan ozon atau dikenali sebagai AURA. Bukan diri kita sahaja yang ada AURA malahan, binatang, pokok, batu, JIN, malaikat dan apa sahaja unsur bumi ini ada AURA. AURA bagi manusia biasa ialah hanya 2 hingga4 cm, ini merupakan AURA yang nipis. Kita boleh membesarkan AURA dan menggunakan AURA untuk pelbagai kegunaan. AURA boleh membesar hingga jarak 400 km. Habat bukan? AURA boleh dimanupulasi untuk menjadi JUTAWAN. Bagaimana caranya? Tunggu kelahiran buku saya terbitan PTS Profesional. Buku itu akan banyak menyentuh tentang cara-cara menggunakan AURA untuk manafaat diri kita. Saya sebenarnya hendak menulis dengan lebih baik dan hebat lagi, jadi ,saya memerlukan komentar daripada anda semua untuk memberikan idea-idea bagi saya menulis mengikut kehendak para pembaca sekelian. Saya lebih suka menulis mengikut selera dan kehendak pembaca berbanding dengan penulisan mengikut selera dan kehendak saya. Kalau boleh, saya mahu menulis dalam keadaan bersantai. Pembaca boleh membaca sambil bersantai tanpa perlu mengalami kesusahan untuk memahami setiap tulisan saya. Buku yang bakal lahir ini diharapkan menjadi buku best seller sebagaimana buku "Kuasa Minda Separa Sedar".
Sunday, May 27, 2007
Kita hebat.
Kita adalah makhluk ciptaan Allah yang amat hebat. Memiliki kehebatan yang tidak dapat dibayangkan. Namun begitu, mengapa perlu kita membataskan diri dengan membina persepsi yang negatif pada diri kita? Hal ini berlaku adalah kerana, kita tidak tahu akan POTENSI diri dan KEHEBATAN diri yang dibekalkan oleh ALLAH SWT. MINDA adalah anugerah yang tiada tolak bandingnya dan jika kita tahu menggunakannya dengan baik, sempurna dan bersistem, nescaya, pelbagai faedah akan dapat kita nikmati. Dalam buku saya yang bertajuk "Kuasa Minda Separa Sedar", telah saya coretkan tentang beberapa kehebatan minda yang amat ajaib. Buku itu saya tuliskan kerana, saya mahukan masyarakat Malaysia mengkaji dan menambahkan potensi diri pada fakulti minda. Saya percaya, kalau emas yang dicari, maka emaslah hasilnya, manakala, kalau intan yang dicari, maka intanlah hasilnya dan kalau kaca yang dicari, maka, kacalah hasilannya. Dalam AlQuran ada dijelaskan tentang IQRA'. Ini bermaksud, Allah menyeru kepada kita semua mengkaji, menaakul, menyiasat dan mencari ilmu. Tidak kira ilmu itu melibatkan rohani, mental dan fizikal, asalkan ianya bermanafaat kepada masyarakat, ianya amat berguna dan WAJIB dipelajari. Kalau kita nak mengkaji minda, saya rasakan, sampai ke hujung nyawapun, kita akan terjumpa beberapa keajaiban yang tidak terkata. Jangan cepat rasa jemu, teruskan mencari, mencari dan mencari. Saya percaya, anda akan mencapai kejayaan yang gilang gemilang.
Subscribe to:
Posts (Atom)