Wednesday, December 25, 2013

TELEPATHI

Apa itu TELEPATHI?

Sepanjang saya menjalankan aktiviti kursus di Bukit Bunga, ramai peserta kursus amat berminat untuk mengetahui tentang TELEPATHI. Begitu banyak sekali pertanyaan yang diajukan kepada saya. Keterujaan itu telah menyebabkan saya dengan rela hatinya menulis di laman blog ini untuk memberikan asas-asas input tentang TELEPATHI. TELE bermaksud jarak yang jauh manakala PATHI pula bermaksud perasaan dan pemikiran. Dengan lain perkataan, TELEPATHI adalah perhubungan perasaan dan pemikiran secara jarak jauh. Manusia boleh berhubung dan menyampaikan cetusan fikirannya serta perasaannya secara jarak jauh antara satu sama lain. Perasaan dan pemikiran ini dipancarkan melalui gelombang otak. Setiap orang sudahpun memiliki keupayaan TELEPATHI semenjak kecil lagi. Namun begitu, keuyaaan tersebut semakin berkurangan kerana semakin kita dewasa, semakin kita kurang menggunakan keupayaan otak kanan. Kehidupan harian kini banyak menggunakan otak kiri. 

Dalam kursus pengendalian saya, anda akan dilatih untuk mengeluarkan kembali keupayaan otak kanan yang sudah lama dilupakan dan diabaikan. Ini lebih-lebih lagi, dengan kursus MINDA SUPER SEDAR, anda akan didedahkan kepada pengosongan jiwa yang berada dalam keadaan "mati diri". Kondisi tersebut akan meletakkan anda sebagai hamba yang sentiasa berserah kepada ALLAH. Anda berada dalam penafian diri dan disbatkan hanya pada ALLAH S.W.T. Dari situ, akan terbinalah kekuatan yang tiada batasan atau dikenali dengan kuasa INFINITI. Latihan dan amlan yang diberikan untuk mendominankan kekuatan hati dan kekuatan otak kanan melebihi otak kiri. Mendominankan Kuasa Minda Super melebihi minda separa sedar dan minda sedar. 

Kondisi gelombang otak yang diperlukan untuk TELEPATHI adalah, gelombang Thetha dan gelombang Alpha. Gelombang otak ini amat sesuai dan baik untuk mendominankan hati dan otak kanan. Sebab itulah anda perlu sentiasa berfikiran tenang dan aman damai. Walaupun pelbagai kesusahan dan kesengsaraan yang menimpa, anda mesti melihat HAKIKAT disebalik kesusahan tersebut. Apabila terbukanya HAKIKAT dalam setiap permasalahan, anda akan sentiasa melihat dan merasai bahawa setiap yang berlaku adalah dengan keizinan ALLAH S.W.T jua. Jiwa anda akan sentiasa tenang dan Redha. 

Siapa boleh kita berhubung melalui TELEPATHI? Bagi permulaan, anda boleh melatih untuk berhubung dengan ibu bapa dan adik beradik. Selepas itu, anda boleh melatih berhubung dengan pasangan anda seterusnya, rakan baik anda dan akhirnya sesiapa sahaja yang anda kenali mahupun tidak kenal. Tentu latihan ini memerlukan masa. Walau bagaimanapun, masa tidak terlalu lama bahkan, hanya beberapa hari untuk anda kuasai. Ingat.....latihan memerlukan proses dan bukannya ekspress. 

Banyak kegunaan yang boleh anda dapat melalui TELEPATHI seperti, menyampaikan nasihat, menyampaikan perasaan kasih, memanggil pasangan dari jarak jauh, memanggil anak yang lari dari rumah, menghalang pemikiran orang yang cuba melakukan kejahatan, menaikkan rasa cinta, menghantar amaran kepada musuh, menghantar mesej untuk berhutang, melariskan perniagaan, meningkatkan aura cinta dan pesona dir serta lain-lain lagi kelebihan yang tidak dapat saya tuliskan. 

Jika anda berminat untuk mempelajarinya, sila hubungi saya 0145457382 atau emel saya muhammadrozani@gmail.com........

No comments: