Monday, May 28, 2007

AURA

Apa itu AURA? Perkataan ini telah terlalu banyak yang kita dengari. Sebagai contohnya, demam Akademi Fantasia, banyak menyebut tentang AURA MAWI. Tapi, dalam kita menyebut tentang AURA, adakah kita mengetahui apakah itu maknanya AURA....Saya sedang menyiapkan sebuah buku baru untuk 2007, tajuk cadangan saya ialah AURA JUTAWAN. Dalam tulisan saya itu, akan banyak saya sentuh berkenaan dengan AURA dan bagaimana hendak memanipulasikan AURA demi untuk kejayaan. AURA adalah medan tenaga magnetik yang terdapat pada diri kita. Kejadian kita semuanya adalah daripada unsur bumi dan bumi ini mempunyai lapisan ozon. Begitulah dengan diri kita juga memiliki lapisan ozon atau dikenali sebagai AURA. Bukan diri kita sahaja yang ada AURA malahan, binatang, pokok, batu, JIN, malaikat dan apa sahaja unsur bumi ini ada AURA. AURA bagi manusia biasa ialah hanya 2 hingga4 cm, ini merupakan AURA yang nipis. Kita boleh membesarkan AURA dan menggunakan AURA untuk pelbagai kegunaan. AURA boleh membesar hingga jarak 400 km. Habat bukan? AURA boleh dimanupulasi untuk menjadi JUTAWAN. Bagaimana caranya? Tunggu kelahiran buku saya terbitan PTS Profesional. Buku itu akan banyak menyentuh tentang cara-cara menggunakan AURA untuk manafaat diri kita. Saya sebenarnya hendak menulis dengan lebih baik dan hebat lagi, jadi ,saya memerlukan komentar daripada anda semua untuk memberikan idea-idea bagi saya menulis mengikut kehendak para pembaca sekelian. Saya lebih suka menulis mengikut selera dan kehendak pembaca berbanding dengan penulisan mengikut selera dan kehendak saya. Kalau boleh, saya mahu menulis dalam keadaan bersantai. Pembaca boleh membaca sambil bersantai tanpa perlu mengalami kesusahan untuk memahami setiap tulisan saya. Buku yang bakal lahir ini diharapkan menjadi buku best seller sebagaimana buku "Kuasa Minda Separa Sedar".

22 comments:

Pejuang Semangat said...

hmm...itu ke maksud aura....assalamualaikum encik....saya dah baca buku encik..memang mantap dan saya harap saya dapat kuasai kesemua ilmu yang ada dalam buku tuh.saya nak beli buku tuh saya tak mampu jadi kat sini saya nak minta kebenaran tuan untuk memfotokopi buku tersebut dari perpustakaan harap encik tidak kisah ya?

Pejuang Semangat said...

ape kata saudara bagi gambar yang benar dan nyata dalam buku keluaran saudara..ok?

MANDRAGUNA said...

Saya setuju dengan cadangan saudara. Terima kaseh.....

InspektOr said...

kalau boley saudara tunjukkan pergerakan yang sebenar dalam mempraktiskan kuasa minda separa sedar

InspektOr said...

assalamualaik kum saya nak bertanya sedikit tentang buku saudara.Saya dah bace habis buku saudara dan saya bercadang ingin mempraktikkan segala yang ada didalam buku tersebut akan dan namun tetapi adakah saya boleh berjaya menguasai ilmu di dalam buku tersebut tanpa bantuan guru atau orang yang lebih berpengetahuan di dalam buku tersebut. disini saya ingin meminta sanat dari encik supaya menurunkan ilmu tersebut kepada saya kerana adab berilmu berpandukan guru....

Detective said...

Assalamu'alaikum...apa khabar?erm, encik ada x menulis buku selain drp kuasa minda separa sedar?? sy sbnrnya sudah lama ingin belajar tntang ilmu psikik ni...cume xtau cmne?skrg nie msh dlm pencarian...puas sy cari buku yg berkaitan dengan kusa minda...Encik boleh tlg sy?

Detective said...

Assalamu'alaikum...apa khabar?erm, en ada keluarkan buku lain x?selain drp buku kuasa minda separa sedar...Sbnrnya sy memang minat nk blajar tntang ilmu psikik nie..skrg ni masih dlam pncarian...adkah kita dpt menguasai ilmu itu hnya dgn membaca buku? sy harap encik boleh bantu sy...

MANDRAGUNA said...

Setakat ini, saya sedang membikinkan sebuah buku baru....Ianya memerlukan masa dan apabila siap, saya akan beritahu.....Buku saya hanyalah sebagai asas dan anda boleh berjumpa dengan mana-mana perguruan untuk belajar. Jika anda nak jumpa saya, bolehlah datang ke Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan.

Detective said...

Assalamu'alaikum...Sy memang nk pergi ke Bukit bunga tp sy xtau kat mana??Kalau sy belajar dgn En, kene bayar x??sbb sy ni pelajar lepasan sPm..mne ada duit...
Erm, nk tanya sikit...Kalau kita bermeditasi atas tilam @ katil boleh x?

MANDRAGUNA said...

Boleh, bermeditasi atas katil, asalkan ianya selesa. Saya ada mengadakan kursus di Bukit Bunga. Kursus kuasa minda dan ilmu kebatinan.

InspektOr said...

hmm...ape usaha saudara tentang kes penculikan Sharlinie...?

InspektOr said...

boleh tak bagi saya alamat atau number telefon untuk saya berjumpa dengan saudara serta menyertai kursus tersebut..bley bagi butiran2 tersebut

bLuRr said...

saya baru mula membaca buku saudara. saya ingin bertanya.

adakah setiap orang mempunyai keupayaan yang sama dalam mempraktikkan ilmu seperti yang ditulis saudara.

adakah keupayaan seseorang itu berkaitan dengan kelahiran atau yang dikatakan "bintang"

MANDRAGUNA said...

Setiap orang berlainan keupayaannya. Saya tidak dapat berikan apa-apa komen tentang adik Sharlinie kerana ianya boleh menimblkan perkara yang negatif. Saya boleh dihubungi di nombor 019-9603180

saza said...

Salam...bagaimana mengatasi masalah anak lemah emosi dan penakut...en ada buat sessi kaunseling x? n berapa rm?

Fid"s said...

subconsious is more powerfull if you can unlock it but more difficult to develop it to higher level.

sy baru dapat capai low level tp rasanya amat bertenaga apabila kita "switch it on"

self confidence, tubuh menjadi amat bertenaga dan jika kita berpenyakit, segala kesakitan dpt dikawal dan dikurangkan.

jika di tahap tinggi, ia dpt menyembuhkan kanser kronik dan sebagainya. sy menghidapi penyakit saraf dan alhamdulilah setakat ini dapat mengurangkan kesakitan ketahap minimun. (^_^)

Luth said...

Salam kepada semua.

Dapatkan analisis aura anda di Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd. No 24B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9 Shah Alam.

No Tel : 017-3332349 / 03-58804349

Dapatkan foto aura diri anda. Sesi selama 30 minit beserta penjelasan ilmiah. Anda akan dapat melihat saiz & ketebalan aura, melihat chakra, dan pelbagai lagi.

Konsultasi bersama Master Reiki yang bertauliah.

MANDRAGUNA said...

Terima kasih LUTH......kehadiran anda dalam blog ini boleh menceriakan dan menambahkan lagi input perbincangan sesama kita.

nur aura beauty said...

babyadik said
setelah sekian lama saya mencari artikel saudara dlm internat, baru kini saya temui.. syukur pada allah.. boleh saya dapatkan alamat email saudara

MANDRAGUNA said...

Sila hubungi saya muhammadrozani@gmail.com

JUZ SHUZ... said...

camna nak beli buku kuasa minda ni. bole kasi phone number?

Roy said...

camna nak beli buku kuasa minda. bole kasi hp number