Sebagai permulaan, saya akan mengijazahkan lapan asma sungai raja. Sebenarnya, asma sungai raja ada banyak versi, malahan melebihi 20 jenis versi dan memiliki keberkahan dan kekuatannya yang tersendiri. Tapi, sebagai pengenalan dan pengijazahan, saya berikan lapan asma sungai raja iaitu:
1) Asma Sungai Raja Versi Madura Selatan Syeikh Qosim Qiffari
2) Asma Sungai Raja Versi Madura Utara Syeikh Alwy Muhammad
3) Asma Sungai Raja Versi Sunan Kalijaga (salah seorang daripada wali songo)
4) Asma Sungai Raja Versi Syeikh Syarif Hidayatulloh atau Sunan Gunung Jati (salah seorang daripada wali songo)
5) Asma Sungai Raja Versi Mbah Kuwu Ceribon
6) Asma Sungai Raja Versi Eyang Somadulloh
7) Asma Sungai Raja Versi Syeikh Mama Haji Irengan
8) Asma Sungai Raja Versi Syeikh Tolhah bin Tolabuddin
Walaupun kekuatan asma sungai raja ini adalah seolah-olah anda telah memiliki puluhan dan ratusan ilmu sakti dan kebatinan, saya lebih berkenan dan sememangnya anda perlu mendidik hati amalan ini bukan untuk KEHEBATAN semata-mata. Tapi, amalan adalah untuk ALLAH S.W.T. Jika berniat untuk kekuatan, anda akan diberikan kekuatan melalui khodam. Jika berniat kerana ALLAH, kekuatan yang bakal anda miliki adalah secara langsung daripada ALLAH dan tiada melalui perantaraan khodam. Energi asma sungai raja tidak boleh discan. Anda akan seolah-olah tiada energi tapi energi itu sebenarnya ada dan terlalu halus. Semakin halus energi, semakin baik. Energi menggunakan khodam, amat kasar. Janganlah kejarkan kehebatan. Kehebatan akan datang dengan sendiri jika anda beramal dan menyerah diri pada ALLAH S.W.T.
16 comments:
salam.adakah amalan ini berserta dengan khadam
Waalaikumsalam, Asma Sungai Raja kami, tidak berpusatkan kepada Khodam, tapi, makrifat kepada Allah
Assalamualaikum...adakah benar jika di amalkan asma sungai raja ni dlm rumah..rumah kita akan pecah2 seperti yg saya baca dlm majalah misteri versi indonesia..? Tkasih..
yg benar: Soffy51
Walaikumsalam, jarang-jarang berlaku sebagaimana yang dikatakan.....jangan bimbang kerana, amalan yang bersistem dan tidak ekstrem, maka, tidak akan berlakulah keretakan.
salam tuan, blh ijazahkan pd ana salah satu amalan asr untuk ana amalkan. tk
salam tuan, blh ijazahkan pd ana salah satu amalan asr untuk ana amalkan. tk
salam tuan, blh ijazahkan pd ana salah satu amalan asr untuk ana amalkan. tk
Aslkum saudara,
Boleh ijazahkan saya amalan asr ni?kalau sudi, email saya vicomsoft04@yahoo.com
Jika saudara berminat, bolehlah menelefon saya 0145457382
Urm...sy x reti cara tawassul...bole ajar ko kawe dop..kawe duk pusu 40 ni jahh..kito thu amalan tapi takut x kena...hehe
Anda boleh call saya untuk tahu cara TAWASUL 0145457382
salam,
adakah boleh kalau saya mengamalkan ASR yang diijazahkan secara umum?
ASR ialah ASR versi cirebon disertai dengan cara penyelarasannya.
Saya memiliki pelbagai versi ASR dan RDR...Saudara boleh mengamalkan mana-mana versi yang saudara minati.
Bolehkah saya ingin ijazah ilmu ini daripada tuan?
Post a Comment