Sunday, March 20, 2011

Rasa Kehambaan...

Kita adalah hamba ALLAH yang lemah, hina, daif dan jahil. Tidak ada walau sebesar zarahpun kelebihan dan kesempurnaan pada diri kita. Hanya ALLAH yang Maha Sempurna. Sebab itulah, dengan setitik ilmu dari lautan yang luas, kita tidak boleh sombong dan bermegah. Sifat sombong, megah, takbur dan ujub adalah untuk ALLAH sahaja. Kita tetap hamba dan hendaklah sentiasa sedar akan kehambaan kita. Tak kira seandainya kita boleh terbang ke langit biru, berenang di lautan nan luas dan meluncur laju dijalanan, semua itu adalah milik ALLAH jua. Kita tidak memiliki apa-apa walaupun sebesar bulu roma sekalipun. Semua yang kita dapat hanyalah anugerah ALLAH dan ianya milik ALLAH. Sayangilah ALLAH melebihi sayangnya kita pada diri sendiri, melebihi sayangnya kita pada ibu dan bapa, melebihi sayangnya kita pada keluarga dan melebihi sayangnya kita pada harta. Kasih sayang ALLAH kepada hambaNya melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Kuasa minda adalah milik ALLAH, ilmu kebatinan adalah milik ALLAH, segala-galanya milik ALLAH. Langit dan bumi adalah milik ALLAH. Rasa kehambaan yang mendalam akan memberikan ketenangan dan keredhaan pada ALLAH. Jangan sekali-kali merasakan setiap yang ada, setiap yang dapat dan setiap yang dianugerahi adalah milik kita. INGATLAH.......kita milik ALLAH, kita adalah hamba ALLAH.

No comments: