Sunday, May 27, 2007

Kita hebat.

Kita adalah makhluk ciptaan Allah yang amat hebat. Memiliki kehebatan yang tidak dapat dibayangkan. Namun begitu, mengapa perlu kita membataskan diri dengan membina persepsi yang negatif pada diri kita? Hal ini berlaku adalah kerana, kita tidak tahu akan POTENSI diri dan KEHEBATAN diri yang dibekalkan oleh ALLAH SWT. MINDA adalah anugerah yang tiada tolak bandingnya dan jika kita tahu menggunakannya dengan baik, sempurna dan bersistem, nescaya, pelbagai faedah akan dapat kita nikmati. Dalam buku saya yang bertajuk "Kuasa Minda Separa Sedar", telah saya coretkan tentang beberapa kehebatan minda yang amat ajaib. Buku itu saya tuliskan kerana, saya mahukan masyarakat Malaysia mengkaji dan menambahkan potensi diri pada fakulti minda. Saya percaya, kalau emas yang dicari, maka emaslah hasilnya, manakala, kalau intan yang dicari, maka intanlah hasilnya dan kalau kaca yang dicari, maka, kacalah hasilannya. Dalam AlQuran ada dijelaskan tentang IQRA'. Ini bermaksud, Allah menyeru kepada kita semua mengkaji, menaakul, menyiasat dan mencari ilmu. Tidak kira ilmu itu melibatkan rohani, mental dan fizikal, asalkan ianya bermanafaat kepada masyarakat, ianya amat berguna dan WAJIB dipelajari. Kalau kita nak mengkaji minda, saya rasakan, sampai ke hujung nyawapun, kita akan terjumpa beberapa keajaiban yang tidak terkata. Jangan cepat rasa jemu, teruskan mencari, mencari dan mencari. Saya percaya, anda akan mencapai kejayaan yang gilang gemilang.

10 comments:

bee-U-tea said...

assalamualaikum. tahniah dan terima kasih kpd En. Muhammad Rozani.. anda telah memberikan sumbangan yang hebat kerana telah melahirkan sebuah buku yang hebat: Kuasa Minda Separa Sedar. bahan bacaan spt ini sangat kurang di persembahkan oleh penulis-panulis tanah air. semoga ia memberikan manfaat besar kpd masyarakat, sekaligus menggilap minda yang telah lama berkarat dek kerana suapan-suapan negatif. saya menunggu kemunculan buku terbaru anda AURA JUTAWAN!!!

MANDRAGUNA said...

Terima kasih, anda telah memberikan saya satu AURA semangat untuk meneruskan penulisan karya buku baru saya.

yen said...

assalamualaikum,setelah membaca buku kuasa minda separa sedar,saya benar-benar teruja dan ingin mengetahui lebih mendalam dengan kuasa minda manusia,dan teruja dengan kelebihan aura...besar harapan saya agar dapat bertemu dengan anda... dan saya akan sentiasa mengikuti perkembangan setipa keluaran buku yang anda tulis..klu boleh apabila dh siapkan sesebuah buku e-mailkan terus kepada saya..saya dh beli 2buku keluaran anda iaitu buat duit di rumah..sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih...

HyUgA_MiDiEz said...

assalamualaikum en rozani...
sy ingin bertanya kpd en..rozani..
di manakah saya boleh mendapatkan buku kuasa minda separuh sedar di daerah hilir perak ini...

dzol1636 said...

asalamualikum? saya memang mengakui kehebatan minda kita ini yg telah ALLAH anugerahkan kepada kita semua.

MANDRAGUNA said...

Buku tulisan saya boleh didapati dengan membeli di syarikat PTS profesional. Sila taipkan PTS Profesional di ruangan search.

syed azhar said...

salam..encik, kalau ikutkan dari segi agama, saya berasa was-was dengan penemuan encik ini. Adakah ia salah satu dpd ajaran yang boleh memesongkan akidah kita?

syed azhar said...

salam..encik, kalau ikutkan dari segi agama, saya berasa was-was dengan penemuan encik ini. Adakah ia salah satu dpd ajaran yang boleh memesongkan akidah kita?

Unknown said...

Assalamualaikum en rozani saya adalah pembaca buku minda separa sedar....dan saya sudahpn berkali2 membacanya.... tahniah diatas penulisan yg hebat ini....
Semoga allah mempermudahkan lagi usaha en rozani untuk membuka minda2 orang kita...
Dan seterusnya saya amat ternanti2 buku seterusnya dari en rozimi....kerana saya hanya dapat 1buku bertajuk minda separa sedar...adakan en rozimi sudah menghasilka buku2 lain selepas minda separa sedar....saya nak sangat mendapatkan hasil2 tulisan en rozimi.... jika ada minta tolong pm saya di akaun email saya shah.mpr@gmail.com ada hubungi saya di 0133330401