Monday, February 2, 2009

Buku dalam pembikinan

Saya sedang dalam proses menghasilkan buku baru yang melibatkan AURA. Ya, sudah lama kita tidak bertemu dalam laman blog ini. Bukan senang nak hasilkan sebuah buku yang berkualiti. Kena cari idealah, kena cari maklumatlah, kena mengkajilah dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, saya amat teruja untuk menghasilkan sebuah buku baru yang mungkin akan menggegarkan dunia pembacaan kita seluruh Malaysia. Saya bersyukur, buku Kuasa Minda Separa Sedar telah diulang cetak lebih daripada 3 kali. Bahkan, buku Menjadi Jutawan MLM telah diulang cetak 6 kali. Buku itu telah dialih bahasa ke bahasa Indonesia dan mendapat sambutan yang amat luarbiasa. Saya mengharapkan buku baru saya ini boleh memberikan IMPAK yang maksima kepada para pembaca. Saya memohon jutaan maaf jika saya lambat membalas email yang dihantar kepada saya. kelambatan itu disebabkan oleh kesibukan saya dalam pelbagai urusan. Saya sebenarnya, mahu menulis satu buku yang boleh mengubah minda dan pemikiran masyarakat Malaysia. Sudah dua tahun saya tidak menulis dan terasa gatal sangat rasanya tangan ini hendak menulis. Ini lebih-lebih lagi, ramai pembaca dan peminat bertanya kepada saya melalui email, bilakah buku baru saya akan siap?

1 comment:

Adlin said...

Ada cetak lagi tak buku Kuasa Minda Separa Sedar?