Friday, February 13, 2009

Minda super sedar

Ramai yang bertanya kepada saya, apakah itu minda super sedar? Sebenarnya, saya sudah bercadang hendak menulis buku dengan selengkap yang mingkin tentang minda super sedar, tapi, memandangkan minda separa sedar, masih lagi belum direncam dengan dengan sebaiknya, jadi, saya tangguhkan dulu buku tersebut. Dengan ruangan yang ringkas ini, saya akan berikan keterangan tentang minda super sedar. Minda super sedar ada kena mengena dengan kerohanian. Minda super sedar adalah puncak kehebatan dan kemuliaan kita sebagai insan. Dalam ilmu tasawuf, rohani kita ada beberapa tingkat, saya berikan hanya empat iaitu nafsu amarah, nafsu ini adalah nafsu yang dipengaruhi secara total oleh sifat kebinatangan dan kesyaitanan. Orang yang nafsunya tahap ini, tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T. Nafsu tingkat yang seterusnya ialah lawamah. Nafsu ini adalah tingkat masih lagi melakukan kemaksiatan tapi, ada cita-cita hendak berubah menjadi baik. Manakala nafsu peringkat ketiga adalah nafsu mulhamah, peringkat ini, seseorang itu akan mengkritik diri sendiri dan ada bercampur antara sifat baik dan buruk. Nafsu peringkat keempat bernama mutmainnah (nafsu) yang tenang. pada peringkat ini, seseorang itu amat gembira dan seronok dalam ibadah dan membenci kejahatan dan sentiasa dalam ketenangan. Berbalik kepada minda super sedar, jika he3ndak mendapatkan ketengan dalam tahapan theta, anda mesti berjuang mengekang nafsu kejahatan dan meningkatkan kerohanian anda pada tingkat yang lebih tinggi. Ini kerana, jika rohani kita tinggi, segala doa kita akan diredhai Allah S.W.T. Segala permintaan dan kehedak boleh tercapai bahkan, ianya lebih hebat daripada minda separa sedar.

7 comments:

Fid"s said...

sudah setahun lebih saya mendalami "subconscious mind"
dan secara konsisten mengkajinya.
saya pernah merasai kehebatannya
iaitu "self confidence" yang luar biasa. Saya perlu mendalaminya lebih mendalam kerana ia cukup rumit sebenarnya... ia memang hebat jika dikuasai dan digunakan.

Anwar said...

saya berumur 18 thn,muda lagi..tetapi saya amat b`minat utk mengetahui lebih mendalam tntg kehebatan kejadian manusia ,saya telah membeli bku kuasa minda,saya dapati rahsia kuasa minda ini sebenarnya sgt hebat,..tetapi x ramai yang mengetahuinya terutama remaja..jadi bila buku kuasa minda super akan siap?..

MANDRAGUNA said...

Buku kuasa minda super sedar belum lagi saya tuliskan. Tapi, saya sedang membikinkan sebuah buku yang baru dan ada kena mengena dengan minda separa sedar dan minda super sedar.

Syed Mansor said...

salam semua... kuasa minda ni adalah anugerah tak terhingga. Ianya alat yg cukup hebat dikurniakan kpd manusia yg tiada pd makhluk lain.

alhamdulillah sepanjang mengamalkan saya merasai byk perubahan.

Alhamdulillah. Apabila digabungkan dengan Reiki, tenaga yg terhasil sgt dahsyat dan laju.

Kalau nak tahu tentang Reiki, boleh layari http://nur-reiki.com

sepul said...

saya amat berminat yg berkaitan dgn kuasa minda separa sedar ni. saya telah mmbeli buku saudara yg bertajuk "kusa minda separa sedar". saya ingin mendapat info ttg buku terbaru saudara.

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!

MANDRAGUNA said...

Salam semua, semoga anda dapat menemui kekuatan sejati yang dianugerahi Illahi