Friday, March 18, 2011

Ramai yang berminat

Saya mengucapkan tahniah kerana ramai yang telah menelefon saya dan berminat serta mahu mendapatkan rahsia ASMA SUNGAI RAJA yang saya tawarkan. MAHAR yang ditawarkan hanya RM350 untuk tahap biasa dan RM450 untuk tahap guru (boleh mengijazahkan kepada orang lain). Apakah maksud MAHAR? Adakah sedekah? atau upah? Dalam Islam, jika seseorang itu tidak miskin dan fakir, dia tidak boleh menerima sedekah. Walaubagaimanapun, boleh menerima upah.......Saya sendiri telah menghabiskan beribu-ribu ringgit sampai saya berkorban untuk belajar ilmu ini daripada pelbagai guru yang muktabar dan berkelayakan. Saya memiliki lebih 20 versi ASMA SUNGAI RAJA. Walaubagaimanapun, saya hanya ijazahkan lapan versi sahaja. Itupun, jika digabungkan, tenaga ASMA SUNGAI RAJA akan menjadi lebih hebat lagi dan anda boleh menjadi seorang yang sangat langka, sakti dan mandraguna. Namun begitu, adalah lebih baik, anda beramal ASMA SUNGAI RAJA kerana ALLAH. Usah pedulikan 1001 kelebihan ASMA SUNGAI RAJA. Tapi, amalkan untuk mendapatkan kecintaan ALLAH. Sudah pasti, anda akan mendapat kelebihan yang lebih HEBAT......ALLAH MAHA BERKUASA.

4 comments:

Pendiri Sukma Insani said...

Salam, kalau tidak keberatan boleh tak tuan berikan sanad asma sungai rajah yang tuan pelajari ini. Sekarang ini asma ini dan juga asma-asma rajeh seperti syahadat rajeh, bumi rajeh, laut rajeh, kayu rajeh, singa rajeh,rajah di rajah dan lain-lain tu boleh diperolehi dengan mudah dan ijazahnya percuma saja.
Ada satu website di Indonesia yang mengijazahkan ilmu-ilmu ini secara percuma. Sebab itu kalau tuan boleh nyatakan sanad dari mana tuan memperolehi ijazah ilmu ini adalah lebih afdal untuk tatapan para pengunjung blog ini.

Ibnuzahid said...

Salam.....tuan, saya nak tanya asma sungai raja ni dah dipermudahkan ke atau masih perlu diamalkan 1000 x selama 3 hingga 7 hari?

MANDRAGUNA said...

sebenarnya, tidak semestinya kena amal 1000 kali. Perkara yang paling utama ialah saudara perlu amalkan dengan ikhlas dan penyerahan hanya pada ALLAH. Kekuatan kerohanian seseorang yang menentukan kejayaan sesuatu amalan.

Memang ilmu ini banyak kedapatan di laman blog tapi, utama sekali ialah pengijazahan secara langsung dari guru yang bertauliah. Terus terang, guru saya ada ramai. Asma Sungai raja setiap guru berbeza cara dan ritual. Cukup sekadar anda datang jumpa saya untuk mengetahui tentang kebenaran ilmu ini.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.